Mahasiswa dan Masalah Parking di UPM |
? |
Parking, Parking, Parking..... Masalah rutin yang sentiasa berulang pada alaf baru di UPM, iaitu masalah harga makanan melampau, masalah caj pinjaman PTPTN, dan masalah tempat meletak kenderaan (parking) di UPM. 3 isu ini tidak ada kesudahannya. Apa kaedah penyelesaian yang terbaik yang boleh diambil oleh pihak UPM? Apa peranan mahasiswa selaku pelanggan institusi ini?
Universiti untuk Staf? Memang wajar kiranya 'tok guru' dimuliakan. Anak murid harus memberi pengorbanan dan keihklasan semasa menuntu dengan tok guru sebagai tanda hormat dan mahu menuntut ilmu. Akan tetapi kebajikan si anak murid itu haruslah diambil kisah. Jika suatu masa dahulu sekitar tahun 70-80an, para pelajar ketika itu tidak mampu untuk memiliki motorsikal untuk ke kuliah apatah lagi kereta. Zaman telah berubah. Para pelajar pada waktu ini mampu untuk memiliki kenderaan sendiri hasil daripada ihsan orangtua.
Dengan kemudahan kenderaan itu, para pelajar dapat memanfaatkannya untuk ke kuliah dan sebagainya. Aturcara dan jadual hidup yang ketat mendesak palajar untuk menguruskan masa dengan baik, dan kenderaan merupakan salah satu komponen yang terpenting dalam siri hidup pelajar itu (termasuklah juga para staf UPM). Malangnya, peraturan ketat mengenai isu parking ini dilihat sebagai melampau dan terlalu membebankan pelajar. Adalah menjadi satu persoalan bahawa; segala peraturan yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan ini adalah untuk kebajikan staf? Agaknya.
Pak Gad penunggu setia.
Kita memang sedang dan akur peraturan meletak kenderaan sentiasa dipatuhi. Tak kurang ada juga yang melanggar peraturan itu. Termasuklah pemakaian kad matrik. Kita senantiasa akan merisaukan jika ditahan atau ditangkap oleh Pak Gad UPM yang sememangnya menanti-nantikan pesalah-pesalah yang melanggar peraturan kampus. Pak Gad sekadar menjalankan tugas mereka. Janganlah kita mengapa-apakan mereka.
Yang bersalah, bukan mereka, tetapi, siapa agaknya? |
|
|
||
|
|